Rabu, 29 Julai 2009

MAJLIS ISRA DAN MIKRAJ SR.MASIN 2009


Khamis - 30hb Julai 2009 sekolah mengadakan majlis sambutan Israk Mikraj. Majlis dimulai dengan membaca Surah Yassin beramai-ramai seterusnya membaca doa tolak bala AH1N1. Penceramah undangan ialah Ustaz Muhd Zaki bin Sapar, guru agama Sekolah Rendah Masin, diantara isi ceramah ialah berkaitan dengan pengajaran kehidupam manusia seharian, amalan-amalan yang di lakukan semasa bulan Syaaban.


















Ahad, 26 Julai 2009

BACAAN DOA MENGHINDARI INFULENZA 'A' H1N1


Bacaan doa bagi menghindari warga sekolah dari Influenza "A" H1 N1 diadakan setiap pagi sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran di jalankan. Bacaan doa diketuai oleh Ustaz Md Zaki bin Sapar.








Jumaat, 17 Julai 2009

MURID MENYEBERANG JALAN


Keselamatan murid-murid sentiasa diambil perhatian agar mereka sentiasa selamat pulang ke rumah masing-masing walaupun guru-guru terpaksa bertawakal dalam menghadapi apa jua kemungkinan yang bakal datang...

Sekolah Mengadakan Pemantauan Influenza A H1 N1





Guru-guru Sekolah mengadakan pemantauan setiap pagi sebelum jam 6.30 pagi bagi memastikan murid-murid yang hadir ke sekolah dalam keadaan sihat. Selain dari itu pihak sekolah juga terus menerus mengingatkan murid-murid agar sentaiasa mengamalkan kebersihan diri. Pihak sekolah telah menyediakan cecair pencuci tangan sejak 2 tahun lepas, yang telah mengganti sabun buku yang selama ini di gunakan oleh semua murid-murid.


SEMBAHYANG SUNAT HAJAT MENGHINDARI WABAK INFLUENZA 'A' H1 N1
















- Sabtu 18 hb Julai 2009 Sekoah Rendah Masin mengadakan sembahyang hajat dan membaca surah Yassin serta doa tolak bala bagi menghindari Influenza A H1N1 ( selesma babai ) bertempat di Masjid Kampong Masin yang di Imamkan oleh Ustaz Md Zaki bin Sapar.